Kehidupan awal dan pendidikan Shou Zi Chew

Chew telah dilahirkan pada 1 Januari 1983 di Singapura.[4] Bapanya bekerja di kawasan pembinaan manakala ibunya seorang penjaga buku.[5] Selepas penamatkan pengajiannya di Institusi Hwa Chong, Singapura,[5] Chew telah meneruskan perkhidmatannya dalam Khidmat Negara Singapura di mana beliau merupakan pegawai yang bertauliah dalam Angkatan Bersenjata Singapura.[5] Selepas menamatkan perkhidmatan ketenteraannya, Chew telah melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti London,[6] di mana beliau telah menamatkan pengajiannya pada tahun 2006 dengan ijazah Sarjana Muda Ekonomi.[7] Pada tahun 2010, beliau telah menamatkan ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Harvard.[4]

Rujukan

WikiPedia: Shou Zi Chew https://www.bloomberg.com/news/newsletters/2023-01... https://www.business-standard.com/article/internat... https://www.cnn.com/2023/01/20/tech/tiktok-ceo-sho... https://www.distractify.com/p/shou-zi-chew-wife https://foreignpolicy.com/2023/01/12/tiktok-securi... https://www.latestly.com/socially/business/tiktok-... https://www.reuters.com/article/us-bytedance-moves... https://www.reuters.com/technology/tiktok-ceo-face... https://www.reuters.com/technology/tiktok-ceo-meet... https://www.sabcnews.com/sabcnews/tiktok-ceo-shou-...